Thursday, September 19, 2024

MENDAKI PUNCAK GUNUNG KERIANG

Dengan nama Allah yang Maha Mencipta...

Aku pagi itu bertolak untuk mendaki Gunung Keriang Kedah, melalui highway Gurun. Gunung Keriang bagai nama yang tidak asing lagi kepada para hikers. Aku melalui jalan kubur untuk sampai pada kaki gunung. disana pendakian bermula. Terdapat track yang telah dibuat oleh kerajaan untuk para pendaki, oleh itu kita tidak perlu bersusah payah.

Gunung Keriang adalah antara Gunung paling mencabar untuk didaki, kerana track pendakiannya curam adakala mendekati 80 degree. Kadang-kadang aku rasa ingin bertaubat dari mendaki Gunung Keriang namun dalam bertaubat itu aku telah mendaki Gunung Keriang sebanyak 5 kali. Mengapa, pertama oleh kerana pendakiannya mencabar stamina, aku percaya untuk tumbuh kuat dan sihat aku perlu mengatasi pendakian gunung ini. Kedua panoramanya yang indah saat kita sampai ke puncak gunung, memukau pandangan.

Keunikkan Gunung Keriang, Pertama, ia memiliki pokok dengan juntaian akar seperti buah petai, betapa hebat Tuhan yang mencipta dan menyusun akar tersebut. Kedua, dipuncak Gunung Keriang tumbuhnya pohon Cactus, ia satu satunya Gunung berkaktus yang aku jumpa. Ketiga, dipuncak Gunung Keriang terdapat batu-batu cantik dan Gunung Keriang terkenal sebagai pengeluar batu crystal.

No comments:

Post a Comment

PUSAT MAKLUMAT NAJLAA

 INFO CENTRE NAJLAA: KLIK LINKS DI BAWAH:  1-  Najlaa Baby Skincare Official    2-  Panduan Produk Najlaa   3-  Marketing Najlaa   4-  Testi...