Sunday, November 10, 2024

ZIARAH KE BUMI JORDON

Salam. Dengan nama Allah yang Maha Besar...

Aku berlepas dari KLIA ke airport Queen Alia Amman Jordon, destinasi yang aku tidak terfikir selama ini, entah kenapa kaki ku sampai menjejak bumi Jordon. Suasana alam semesta, pemandangan dan manusia yang tinggal di Jordon jauh sekali bezanya dari orang Malaysia. Sehingga bulan pun berbeza, pertamakali aku melihat bulan lebih besar dari Matahari Malaysia. Sehingga aku seperti boleh terbang sekejap saja sudah sampai ke bulan. Setelah mengkaji, baru kutahu bumi Jordon adalah antara muka bentuk bumi paling tinggi dari aras laut menyebatkan kita lebih hampir ke langit.


Aku melawat Maqam Nabi Musa As, maqam terbesar manusia pernah aku lihat. Banggunannya meliputi beberapa block bangunan. Pemandangannya indah nan damai tenang disana, seolah olah Nabi Musa As wujud dimakamnya. Sehingga hari ini maqam Nabi Musa masih tersemat diingatan. Pintu masuknya ditunggu unta yang duduk, terdapat pohon ara dan zaiton. 



Pada malam hari aku berjalan-jalan didowntown Amman Jordon sambil mencari cari makan, ais cream Malaysia mungkin sekitar RM 2-5, disini aku makan ais cream RM 14, menyebabkan aku ingin balik ke Malaysia. Kemudian aku duduk di tapak sejarah Colloseum. Tiangnya besar besar, senibina halus, betapa kuat dan gagah perkasa orang dahulu kala.


Aku singgah solat di Masjid Ashabul Kahfi Jordon, ada Tuhan disana, saat melangkah masuk ke masjid, aku menjadi sebak dan ingat kepada Allah, beberapa waktu aku habiskan dimasjid untuk ingat kepada Allah, entah apa yang pernah berlaku disini atau imamnya mungkin seorang yang soleh. Setelah itu aku turun mendapatkan imam masjid dan mengajaknya untuk pergi melawat Gua Ashabul Kahfi bersama beberapa orang teman. Kisahnya masjid itu dijaga atau waris keluarga imam tersebut yang menjaga sekian lama, dan dia adalah seorang doktor. Maha baik Allah, mempertemukan aku dengan seorang doktor yang soleh dan menjadi imam masjid.


Setakat itu dahulu penulisanku tentang bumi Jordon.

Saturday, November 9, 2024

TAMAN ORKID SEREMBAN

Salam. Dengan nama Allah yang Maha Pencipta...

Aku ke Seremban atas urusan tertentu, singgah di Masjid Negeri Sembilan, salah satu masjid terunik di Malaysia, banggunannya dua Tingkat, dan Tingkat atas mempunyai taman. Akibat keletihan oleh perjalanan yang panjang aku singgah makan direstoran Marrybrown sekitar sungai. menawarkan pemandangan yang indah.

Dihadapan masjid terdapatnya sebuah Taman reakreasi yang besar dengan pembinaan yang menarik, aku dilihat berlari lari ke sana ke mari, jogging dan menyaksikan kebesaran Tuhan yang Maha Baik, kemudiannya aku terus berjalan sehingga terjumpa Taman Orkid Seremban.


Taman Orkid Seremban sebuah taman indah yang diselenggara dengan baik sekali, mempunyai replika binaan yang menarik hati. Aku terkejut melihat Orkidnya dipelihara dalam tempat beraircond, sehingga aku merasakan tidak berguna menjadi manusia, kerana Orkid mendapat nasib hidup yang lebih baik disini. Aku pun bertanyakan kepada penjaga Taman, kenapa sampai Orkid ini dipelihara dalam aircond, katanya Orkid orkid tersebut adalah Orkid import dari negara sejuk, supaya tidak mati maka diletak air cond.





Taman ini suasananya tenang dan pelbagai spesis Orkid boleh dijumpa disini, aku mengalu alukan semua peminat Orkid untuk melawat Taman Orkid Seremban, salah satu destinasi percutian yang baik untuk lari dari kesibukkan hidup di Bandar. Berdekatan Taman Seremban nan Indah juga masjid negeri yang menarik.

PUSAT MAKLUMAT NAJLAA

 INFO CENTRE NAJLAA: KLIK LINKS DI BAWAH:  1-  Najlaa Baby Skincare Official    2-  Panduan Produk Najlaa   3-  Marketing Najlaa   4-  Testi...