Thursday, September 19, 2024

KAMPUNG HOBBIT

Dengan nama Allah yang Maha Penyayang...

Diantara filem yang suasananya aman dan tenang adalah kampung Hobbit di Switzealand, aku menyaksikan filem itu beberapa kali hanya semata-mata untuk melihat perkampungan Hobbit. Perasaan tenang itu mengheret aku ke kampung Hobbit Cameron Highland. Aku naik ke sana melalui Simpang Pulai.

Kampung Hobbit ini tidak kalah dengan suasana filem, malah aku mengatakan tempat ini lebih baik. Penuh dengan bunga bunga yang cantik, rumah-rumah Hobbit yang menarik, digarapkan dengan rumah tradisi, serta terdapat sebuah tasik dengan kincir air dan sampan. Disana terdapat Restaurant yang menghidangkan makanan sedap.


Aku merasakan binaan rumah Hobbit ini menarik. Pertama ia serasi dengan suasana alam semesta yang kehijauan, dalamnya sejuk kerana dibina dipinggir bukit, ketiga bentuknya comel dan menarik. Terima kasih Tuhan diatas apa yang telah diciptakan Nya.


Rumah tradisi ini dibuat dari buluh dan beratap jerami. Aku sangka rumah buluh biasanya hanyalah rumah orang asli, namun rumah tradisi dikampung Hobbit ini membuka minda, yang kita mampu membina banglo hanya menggunakan buluh. Aman dan tenang sekali saat aku menyusur taman disekelilingnya.


Dimasa depan aku berharap Malaysia akan mengeluarkan cerita Hobbitnya sendiri, kita punya kampung yang cantik, tempat yang baik.





No comments:

Post a Comment

PUSAT MAKLUMAT NAJLAA

 INFO CENTRE NAJLAA: KLIK LINKS DI BAWAH:  1-  Najlaa Baby Skincare Official    2-  Panduan Produk Najlaa   3-  Marketing Najlaa   4-  Testi...