Dengan nama Allah yang Maha Pengasih...
Mossy Forest bagaikan igauan mimpi saat aku masuk ke hutannya, puas aku tertanya tanya mengapa hutan ini sangat berbeza dari hanya beberapa kaki dibawahnya. Sebenarnya aku sakit hari ini (17/9/24), namun untuk melihat Mossy Forest dalam suasana sejuk, rintis-rintis hujan, aku mendaki Gunung Brinchang dengan keretaku, hanya beberapa langkah untuk masuk ke Mossy Forest ditangkap jabatan hutan, bahawa Mossy Forest adalah HUTAN LARANGAN. Aku hanya boleh masuk ke sana bersama travel guide.
Aku turun semula dan mendaki Gunung Brincahang bersama travel guide, melangkah masuk ke puncak Mossy Forest bagaikan masuk ke cerita Harry Potter atau Hobbit, Hutan Aneh. Nasibku baik kerana aku dibenarkan masuk ke hutan simpan yang telah lama ditutup, hari ini mereka membukanya. Disana aku melihat pokok Cobra Lily, seumur hidup aku belum pernah melihat pokok seperti itu. Mencium daun pokok Tiger Balm, dan melihat Pokok aneh, akarnya tumbuh ke langit.
Yang paling menarik adalah Hutan Mossy, berlumut hijau dengan akar-akar yang cantik. Hutan ini aneh kerana seluruh pokoknya memakai baju Mossy, seolah olah masuk dalam gunung sumpahan, lagenda agung atau seolah olah engkau kembali ke zaman silam. Cuacanya yang berkabus, tanahnya yang basah, tiupan angin yang menderu, menimbulkan rasa bolehkah selamanya aku tinggal disini, Maha Suci Allah yang telah mencipta sebaik baik tempat, Gunung Mossy Forest yang telah berusia lebih 2 juta tahun langka.



No comments:
Post a Comment