Cuti sekolah, aku memutuskan untuk melawat Gunung Kinabalu. Ini adalah kali kedua aku menjejak kaki ke Sabah, Setelah anak-anak bersiap kami ke Airport Penang dan berlepas ke langit biru, destinasi yang dituju adalah Bumi Kundasang. Menyewa sebuah kereta, kami bertolak dari Jesselton ke Kundasang. Saat berada diperbukitan, terasa tinggal diawan kerana tanah rata jauh ke bawah.
Gunung Kinabalu bagai menyeru aku untuk melawatnya, saat melihat awan yang berkumpul disekeliling gunung, diawal pagi dalam cuaca sejuk berkabus, ia adalah memori indah yang tidak boleh dirakam oleh kamera, oleh itu aku datang lagi. Kali ini aku memilih untuk tinggal di Homestay dilereng bukit, dahulu aku menyewa banglo nun jauh dikaki Gunung Kinabalu, berjacuzi namun kami tidak tidur malam, angin kuat seperti bunyi lembu menendang pintu sepanjang malam. Anak-anak takut dan aku letih takut hantu.
Beberapa rakaman gambar saat aku mendaki kaki gunung kinabalu:
Sebelum mendaki aku singgah makan diRestaurant Hotel Gunung Kinabalu.
Track mendaki Gunung Kinabalu, jalannya tidak terlalu sukar namun jauh dan panjang perjalanan.
Cuacanya yang sejuk menyebabkan sebahagian hutan di Gunung Kinabalu diselimuti Mossy.
Kundasang, adalah tempat menarik seperti Cameron Highland, disana aku singgah ke Ladang Lembu Desa Cattle, orang-orang sering menggambarkan Desa Cattle seperti Ladang Lembu Switzealand, memang panoramanya indah berlatar belakangkan banjaran tinggi kinabalu.
Aku juga pergi melawat Tagal Tinopikon, bermain dengan anak-anak ikan disekeliling kaki, bagai ke Spa ikan. Singgah di Rumah Terbalik Kinabalu, memang rasa otak terbalik, dan bimbang dihentak barangan, oleh itu aku lebih berhati hati. Melawat Muzium 3-D, Singgah membeli barang dipasar besar Kinabalu, banyak barangan mutiara disana, aku beli udang kering kerana kualitinya yang baguss. Bermain dipantai Tanjung Aru, Pergi ke waterfall air panas kinabalu, melawat ladang teh sabah. Makan seafood di waterfront kota kinabalu dan beberapa tempat menarik lain. Terima Kasih Allah atas pengalaman yang indah. Alhamdulillah.
No comments:
Post a Comment