Sunday, September 29, 2024

ARTIFAK KERAJAAN KEDAH TUA

Dengan nama ALLAH yang Maha Bijaksana...

Kerajaan Kedah Tua antara perkara yang aku kurang tahu, pembelajaran disekolah banyak menekankan tentang Kesultanan Melaka, bila tua aku berminat dengan teknologi besi kerajaan Kedah Tua, dan kisah-kisah Kedah merupakan pengasas kepada Teknologi peleburan besi. Besi hanyalah dilembutkan kepada Nabi Daud As, kisah ini semakin menarik. Berikut sedikit info kerajaan Kedah Tua

"Kedah Tua merupakan sebuah kerajaan Melayu lama yang terletak di Semenanjung Tanah Melayu. Kerajaan ini turut mewarnai perkembangan tamadun Melayu di Nusantara sejak era protosejarahlagi. Masyarakat tempatan dilihat mempunyai budaya tinggi, kemahiran dan kemajuan teknologitersendiri dari segi pembuatan barangan, perkhidmatan, perniagaan dan perdagangan. Rentetan faktor serantau menyebabkan Kedah Tua mengamalkan dasar maritim yang berpaksikan ekonomiperdagangan dan perniagaan dengan masyarakat luar. Hubungan perdagangan dan perniagaan ini tidak hanya berlaku antara kerajaan-kerajaan Melayu Nusantara sahaja sebaliknya hubungan erat dengan tamadun luar khususnya China, India dan Arab.

Perkembangan budaya dan pemikiran masyarakat di Kedah Tua sejak awal abad masihi
menjadi suatu keistimewaan berbanding kerajaan Melayu lain di Tanah Melayu. Kebanyakan
kajian kerajaan Melayu menfokuskan kepada kerajaan Melayu Melaka, sedangkan kerajaan Kedah Tua dilihat turut mempunyai warisan ketamadunan yang hebat dan jauh lebih awal sebelum kerajaan Melayu Melaka lagi. Bermula abad ke-2 masihi, perkembangan perdagangan dan perniagaan di Kedah Tua telah bergiat aktif (Nasha Rodziadi Khaw, Nazarudin Zainun, et.al., 2008). Kajian arkeologi membuktikan wujud pelabuhan kuno di lembah-lembah sungai yang menjadi saksi kepesatan perdagangan suatu ketika dahulu (Mohd Hasfarisham Abd. Halim, Suhana Yusof,
et.al., 2011).

Kearifan tempatan masyarakat Kedah Tua merupakan kemahiran yang agak berbeza
dengan kerajaan Melayu lain. Kemahiran dan teknologi dalam peleburan besi, batu bata dan 
tembikar tanah antaranya membuktikan kehidupan masyarakat bertamadun tinggi sejak awal abad masihi lagi. Kedah Tua menjadi pengeluar komoditi pada era tersebut dengan memperdagangkanpelbagai barangan ke tamadun-tamadun lain. Hasil interaksi tersebut dilihat memajukan lagi ekonomi kerajaan Kedah Tua. Transaksi yang digunakan di pelabuhan Kedah Tua menggunakan matawang bagi memudahkan urusan perniagaan dan perdagangan. Era kegemilangan kerajaan Kedah Tua berlangsung sehingga antara abad ke-13 dan 14 masihi (Nasha Rodziadi Khaw, Nazarudin Zainun, et.al., 2008). Kedah Tua pernah mengalami zaman kejatuhan disebabkan beberapa faktor. Walau bagaimanapun, kerajaan Kedah Tua tetap wujud walaupun kurang gemilang seperti era sebelumnya. Pensejarahan Kedah mula mendapat nafas baharu setelah kemasukan Islam, walau bagaimanapun ia tidak termasuk dalam skop perbahasan artikel ini." (Syahidah etc 2022, Jurnal Melayu)

Gambar-gambar artifak kerajaan Kedah Tua:











Aku percaya Kedah Tua ada kaitan dengan Nabi Daud As, dan candi-candi merupakan tempat ibadat baginda kepada Allah yang kemudian disalah erti sebagai peradaban hindu. Ada baiknya kerajaan Kedah menggali semula sejarah negeri .

No comments:

Post a Comment

PUSAT MAKLUMAT NAJLAA

 INFO CENTRE NAJLAA: KLIK LINKS DI BAWAH:  1-  Najlaa Baby Skincare Official    2-  Panduan Produk Najlaa   3-  Marketing Najlaa   4-  Testi...